Thursday

Korang Selalu Menguap ?

Assalamualaikum...

anak aku menguap comel kann ?


Actually aku nak biat entry pasal berapa banyak kita menguap dalam sehari tapi dok cari fakta tu tadak pulak . HAHA , dah cakap dah suka fikir benda orang tak penah fikir nak cakap . Tertiba ja terlintas dalam kepala hotak aku nak kira berapa banyak aku menguap dalam sehari . Rasa macam mampu kira bagi seorang yang normal dya patut menguap berapa kali sehari tahu ? Cuba pergi buat kajian . aku nak tauuuu .

So aku jumpa satu panduan ketika menguap , aku tau ada dikalangan kita kalau menguap jenis tak reti nak tutup mulut , haiisshhh lalat masuk dalam mulut tu kanggg . Tak senonoh sangat tengok orang menguap tak tutup mulut kann . Aku cukup pantang kalo boyfren aku ke kawan kawan aku ke menguap lupa tutup mulut mesti aku tolong tutupkann . HAHA .*baek tak aku ?

Kita biasa menguap kerana mengantuk kann ? tapi ikot fakta sains kita menguap kerana berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan . Tapi kalau nak ikotkan kita semua ney mudah mengantuk tambah tambah lagi bila mengadap buku tak kesah la buku belajar ataupun agama , dengar ceramah agama , belajar dan sebagainya kalau untuk kebaikkan diri , tapi perasan dak kita semua mudah mengantuk kalau buat benda yang kita tak suka , cuba kalau suruh mengadap game , main message dengan bf/gf , tengok tv , update blog , main facebook tadak pulak kita nak rasa mengantuk sebaliknya kita akan tahan mata kita dari tidur semata mata untuk benda yang kita suka buat . Nak nak pulak bagi geng lelaki tu kalau bole tengok bola kann , bini ajak tidur pun tamau dah terang je biji mata sebab nak tengok bola kannn. Miiahhahhahaha , tyme tu juga lupa nak tidur dan menguap ???


Dari Abu Hurairah dari Nabi saw ia bersabda:Sesungguhnya Allah Taala suka kepada orang yang bersin dan benci kepada (orang yang) menguap. Apabila salah seorang dari kalian bersin dan mengucapkan hamdalah kepada Allah Taala adalah hak bagi setiap muslim mendengarnya membaca YarhamukAllah(Semoga allah memberi rahmat kepadamu). Adapun menguap itu adalah dari syaitan. Apabila salah seorang dari kalian menguap maka hendaklah ia mengembalikan (mulutnya) sedapat-dapatnya. Sesungguhnya apabila seseorang dari kalian menguap, syaitan pun tertawa kerananya. [Riwayat Bukhari] Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan.[Riwayat Muslim]
 Dari Abu Said Al-Khudri ra dari Nabi saw ia bersabda:Jika ada di antara kamu menguap, tutuplah mulutmu kalau-kalau syaitan masuk [Riwayat Abu Dawud] Terdapat beberapa hadis lain lagi yang berkisar perihal menguap dan adab-adabnya. Dan kesemua hadis-hadis tersebut membawa kepada satu makna, iaitu Islam tidak suka seseorang menguap terutama tanpa menutup mulut apatah lagi ketika sembahyang. Dari Sahih Muslim Syarah Nawawi membicarakan mengenai maksud "Menguap adalah dari Syaitan. kata Imam Nawawi :"Apa-apa perbuatan dari akibat kemalasan dan penyebabnya ditambah kepada seseorang bagi memuaskannya. Didalam Al-Bukhari Nabi saw berkata [Hadith no 1 diatas] : "Sesungguhnya Allah swt suka kepada bersin dan benci kepada menguap". Dan berkata : Bersin menunjukkan kecegasan (aktif) dan ringan badan. Dan menguap pula sangat berbeza kerana ia memberatkan berat badan dan kepadatannya, dan kerehatannya membawa kepada bibit-bibit kemalasan. Ia satu penambahan kepada kerja Syaitan kerana ia akan menyeru kearah Syahwat. Ia ia disasarkan kearah menambah dan berlebihan didalam makanan dan makan yang berlebihan. Dan mengetahui bahawa menguap telah menambahkan. " - Al-NawawiMenurut Mohammad bin Ismail as-Shan'ani didalam bukunya Subulus Salaam bahawa "Menguap dikatakan termasuk perbuatan syaitan, kerana dia keluar dari akibat kekenyangan atau kemalasan, dan kedua-dua perbuatan ini termasuk perkara-perkara yang disukai syaitan"Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid berkata, dari hadis-hadis yang mengkhabarkan perihal menguap ini, boleh disimpulkan bahawa:
  1. Syaitan menyukai manusia yang menguap kerana ia tanda kemalasan
  1. Syaitan memasuki seseorang itu ketika menguap.
  1. Syaitan mentertawakan sesiapa yang menguap dan memperlekehkan keburukan wajah diri yang sedang menguap
Maka jelas menguap itu satu tingkahlaku yang tidak beradab/baik. Bahkan dibenci Allah. Oleh yang demikian, seseorang itu hendaklah cuba sedaya upaya untuk tidak menguap. Cubalah sedaya upaya untuk merapatkan mulut ketika menguap sedapat yang mungkin. Sekiranya perlu, tutuplah mulut dengan tangan. Dan juga janganlah menghasilkan sebrang suara ketika menguap itu.


p/s; so sama sama la mengawal diri yer daripada menguap terlalu kerap . ;)









2 comel oshin:

apix said... [Reply Back]

bca sambil mnguap...nsb sempat tutup mulut

YOUsoF said... [Reply Back]

InshaAllah sama² la kita.. sebelum ni tau yang setan masuk masa kita menguap je..

Plus tutup mulut ngan tangan kanan atau belakang tapak tangan kiri kan..

Post a Comment

cakap suka suki . tapi ada batas okeh ;) tenkiu

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space