Saturday

Hukum Potong Kuku Ketika Datang Bulan

Assalamualaikum ...

Sebagai seorang perempuan muslimah , banyak benda kita kena ambil kira dalam melengakapkan diri kita sebagai diri kita kann. Perempuan paling ambil berat opkos pasal kebersihan diri  , tapi masih adakah perempuan yang tak ambil berat pasal kebersihan diri ? Haaiishhh tadak kot nott .

Kadang kadang ada benda yang buat kita konpius dan tertanya tanya . Haram ke potong kuku bila datang bulan ? bukan kowg je konpius aku pun konpius juga , sebab dulu dulu ada la orang cakap dekat aku haram kalau kita potong kuku dan rambut ketika datang bulan . So sampai sekarang aku kalau datang bulan memang tak potong kuku dan rambut , sebabnya dah orang cakap haram kita pun takot la kan . Orang bagitau kalau potong juga  kuku kita kena simpan dan bila kita nak nak mandi wajib nanti kita mandi sekali dengan kuku tu . Tapi macam mana eh ? Tapi tada pulak nak siasat benda ney lebih lanjut kan . Sekarang baru terdetik nak siasat benda ney lebih lanjut , so mencari lah aku sumber sumber yang bole dipercayai .

Disebutkan di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ ( 1/60 ), menurut Imam al-Ghazzali di dalam Ihya Ulumiddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang berjunub memotong kuku atau mencukur bulu dan rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari akhirat nanti dalam keadaan junub ( tidak bersih) .
Bagaimanapun, setelah diteliti asas kepada pendapat ini, maka tiada didapati sebarang dalil yang menyokongnya kecuali logik aqal semata-mata tadi. Demikian menurut Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Atiyyah Saqar dan Dr. Rif`at Fawzi, professor Shari`ah di Univ. Kaherah.

Soalan ini pernah di tujukan kepada Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “ Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam) “ maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)..justeru apa yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.”

Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku secara junub. Pandangan ini juga datang dari tokoh ulama Tabien iaitu Ato’ bin Abi Rabah. ’Ata disebut pernah menyatakan seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub, malah dalam keadaan junub dan tidak berwudu’ (Riwayat al-Bukhari)
Sebagai makumat tambahan, kemestian menanam rambut, kuku yang dipotong dan sebagainya juga tiada sebarang dalil (kecuali jika dibimbangi akan diambil dan disihirkan), demikian juga larangan memotong kuku di waktu malam. Wallahu a’lam - sumber http://www.zaharuddin.net/
So terjawab tak persoalan kowg suma . Bagi aku dah terjawab kot apa yang otak dan hati aku persoalkan selama ney . Tadak dalil mengatakan ianya haram , boleh nak potong kuku atau rambut ketika datang bulan . Sama sama la kita kongsi ilmu ney yer ;))









5 comel oshin:

CikTomyam said... [Reply Back]

betoi tu selalu ceq potong ja..hee ^^

bantalbucuk said... [Reply Back]

owh..bagus2..thanks sebab dah meyakinkan..hehe :D

oshin said... [Reply Back]

@CikTomyam hehe ;))

oshin said... [Reply Back]

@bantalbucuk sesama sayang ;)

myn :) said... [Reply Back]

terimakasih share ini , selalu buad , hihi , malu pulak :)

Post a Comment

cakap suka suki . tapi ada batas okeh ;) tenkiu

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space