Friday

Aku Perempuan Kampung

Salam U ' OLLLss .

Betol ke aku perempuan kampung ? entry yang lepas aku bercakap tentang perempuan modern VS perempuan kampung . teringat pulak aku tentang perbincangan aku dengan seorang sahabat dimana beliau tidak menyangka bahawanya aku seorang anak atau perempuan yang selalu mengikuti kata kata kedua orang tuanya . HAH sudah , biar aku cakap dulu . beliau telah menyatakan bahawanya beliau melihat aku adalah seorang yang selalu memberontak, dan agak degil untuk mendengar kata kata orang tua serta seorang yang kaya , lawak bukan ? tak kenal maka tak cinta , cewaahh . dont judge book by its cover . sangkaan dya totally wrong , aku tak kaya , sederhana saja kehidupan aku , aku memberontak tapi hanya dalam ilusi , dan aku degil tetapi amat mengikuti kata kata abah dan mak.

Kehidupan aku tak sekaya duit ringgit tapi kehidupan aku kaya dengan budi bahasa  dan kegembiraan dalam keluarga . YES , mak aku tak penah ajar kami hidup dengan kekayaan , tapi mak aku ajar kami cara nak hidup berdepan dengan kehidupan yang semakin modern . bagi aku kekayaan kesenangan tidak berguna dalam sebuah kehidupan kalau hati tidak pernah tenang serta gembira . walaupun kami hidup sederhana aku masih bersyukur sebab aku masih mampu makan tiga kali sehari dan aku bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana kedua orang tua aku masih diberikan kesihatan yang sangat sempurna untuk mencari rezeki buat anak anak mereka . kehidupan kami mungkin kampung tapi pemikiran kami tidak kampung , tidak mudah untuk diperbodohkan begitu saja . kami kenal erti dunia kerana leteran dan nasihat kedua orang tua kami .

Teringat aku dengan cerita sahabat aku , beliau menceritakan pada aku pengalaman beliau berada di Kuala Lumpur hanya untuk satu malam beliau telah mengenal erti kasih sayang anak kepada seorang ibu  dimana ibu tersebut seorang yang tidak berdaya dari segi fizikalnya tapi masih mampu untuk masak dan sembahyang . soal kakak tersebut kepada beliau...

kakak ; adek tahu kenapa kakak tolak lamaran seorang lawyer dan seorang doktor (*rasanya la , tak pun aku lupa)

beliau ; kenapa ?

kakak ; kerana kedua dua lelaki tersebut tidak mahu menerima kedua orang tuanya , dan telah menetapkan syarat bahawa jika mereka berkahwin akan dibawa kakak pergi untuk tinggal bersama mereka diluar negara .

beliau ; hanya diam dan berfikir

Begitu sekali mudah untuk memisahkan seorang anak dengan orang tua nya yang telah membela dan menjaga beliau dari kecil hingga besar . tidak tergamak bagi seorang anak untuk meninggalkan kedua owg tuannya hanya semata mata mengecapi nikmat dunia yang sementara . lalu datang seorang jejaka yang berkerja sebagai tentera melamar kakak itu , tetapi kakak itu telah meletakkan syarat ke atas lelaki tersebut . " jika awak ingin mengahwini saya , izinkan saya membawa kedua orang tua saya untuk tinggal bersama sama saya . jika awak tidak setuju maka cari lah perempuan lain untuk dijadikan isteri awak" . dengan syarat yang ditetapkan maka lelaki tersebut terus menyetujui syarat tersebut tanpa berfikir panjang , kerana syarat yang diberi kakak tersebut tidaklah seberat mana bukan ?

Dari cerita sahabat aku  dan aku juga telah berfikir jika satu hari nanti adapun jodoh aku denganya panjang hingga ke jinjang pelamin  ketahui lah syarat syarat aku yang juga ingin membawa kedua orang tua ku tinggal bersama sama aku kerana disebabkan mereka aku mampu melihat dunia dan kerana mereka lah aku yang aku ingin menjaga dan memberikan seluruh kebahagiaan dimata mereka selagi mereka masih hidup . kalaupun syarat itu sukar, aku tidak berkahwin pun tidak apa .

p/s; ketahui lah aku tidak bole hidup tanpa mereka disisi aku  bagaimana untuk aku berpisah dengan mereka setelah 21 tahun mereka menjaga aku dengan penuh kasih sayang , apabila aku terpaksa pergi untuk memberikan segulung ijazah  pada gengaman mereka pada hujung tahun nanti . kuatkan lah semangat aku YA ALLAH !





4 comel oshin:

Azureen Halim said... [Reply Back]

Kuatkan smangat kin...kadang2 bile kte da jauh ngn family ni lg buat ukhuwah keluarga tu jd makin erat. cayo la ckp den.

Hani Shaklee said... [Reply Back]

anak yang solehah kamu ni..sejuk perut ibu mengandung..hehe

oshin said... [Reply Back]

@izryn halim im trying . huuu . thanks dear izryn ;) memahami tapa

oshin said... [Reply Back]

@waalllaa! alhamdulillah ;) amin

Post a Comment

cakap suka suki . tapi ada batas okeh ;) tenkiu

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space