Assalamualaikum...
Dah lama rasanya tak meronggeng naik motor menjadi pembonceng setia sambil mendayu-dayukan suara yang tak berapa nak merdu , bernyanyi nyanyian diatas motor . Miiahahaha . Tengah syiok syiok update belog tadi adek junior praktikal ajak pegi teman dya ke POLIMAS kat jitra .
Errrr agak kelenguhan dibahagian bontot akibat naik motor lama sangat . Teringat zaman nostalgia dikala tenghari rembang naik motor bersama si jejaka tapi sudah lama ya tidak meronggeng bersama si jejaka menaiki motor sejak sejak demand berlagak diva naik kereta . HAHA .
Sampai di polimas mula lah melangkah kaki comel sambil mengontrol kan diri ayu dengan menundukkan muka kerana malu mata sebam dikala dilihat cowok cowok yang tak berapa nak hensem dan masih keanak anakkan . underage i tak minat! sementara dalam kepala hotak masih lagi teringat kisah semalam . oke fine
si adek comel mula memperkenalkan segala macam yang ada di kampus tercintanya . Sebelum masok ke kampus polimas , terkedu sebentar tatkala si adek comel menyatakan bahawa kereta yang ada di parkin tu semua milik student . Perghhh kaya siotttt . terkejut juga tatkala lancer juga ada disitu dan pemiliknya adalah student . Pewwiiittt ! Siapa cakap student miskin . Kaya lagi pada lecturer tu . Miiahahahaha betul la cakap seseorang " student hidup sowg memang la banyak duit , tak macam lecturer dah berkeluarga banyak duit yang perlu dikeluarkan selain membeli kereta kereta mahal . " tapi bagi aku sama je kot . lecturer yang belum berkahwin non ado nak pakai kereta hebat hebat macam student dya . Nyyiiahahahaha .
Sambil berjalan jalan dalam kampus perhatian penuh khusyuk mendengar si adek comel mengomel ngomel tentang kampusnya , aku dengan lagak tangan dibelakang terasa macam YB sedang melawat kawasan mengangguk anggukkan kepala seolah olah faham apa yang si adek comel cakap . oke tipu ja . HAHA .
nota cinta : orang bagi duit untuk belajar bukan beli kereta mahal mahal bawak g kolej . HAHA . ada duit lebih cer simpan mana la tahu berguna di masa hadapan . sekarang bukan masanya lagi nak fikir nak pakai kereta apa . Belajar dulu lagi penting . Pastu nak pakai ferrari pun tapa *errrrr ferrari oshin punya . Sapa yang asa nak kaya jadilah student !
oke sekian .
6 comel oshin:
keta mak bapak dia kot..hehe..anak datokss.. :p
weehee..ramai yg nak berlagak je kn bawak kereta tu..huu
@cik ciput maybe lah anak datok kaya raya . haha
@saya bukan tomato Miiahahaha . idak ler teman tahu . hehe
anak org kaya! kat sini bapak bagi pakai camry 2.0, porshe careraS... gila tol!!! klo myvi pon kita dah puas hati kan...kan..
jom baca dan komen ! !shahjiehan [dot] com ! !: Malaysia Bakat mendapat gempa bumi
@shahjiehan steady lah bapak u . i like . HAHA ;)
Post a Comment
cakap suka suki . tapi ada batas okeh ;) tenkiu