Sunday

Hari Wanita Sedunia

Assalamualaikum ...

kitaowg ada hari wanita sedunia . lelaki adoo ? 
Miiahhaaaaaaa



Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, penganjur Women:100, Kakiseni akan bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Multimedia Sdn. Bhd. (MDEC) dalam menganjurkan bengkel-bengkel selama 100 jam secara kolektif khusus untuk wanita di seluruh negara. Bengkel-bengkel ini meliputi pelbagai topik – dari motivasi hinggalah ke kursus ICT dengan objektif utama memperkasakan wanita melalui keusahawanan. Orang ramai juga akan dapat menyaksikan sesi-sesi “Flash Mob” sepanjang bulan Mac di sekitar Lembah Klang.
Pada hari Sabtu ini bertempat di Pavilion, seramai 50 orang termasuk 15 selebriti Malaysia yang diketuai oleh Aznil Nawawi akan berkempen di Twitter bermula tengah hari. Kami difahamkan, acara flashmob akan diserikan dengan laungan anti-keganasan terhadap wanita oleh kumpulan selebriti ini. Sekeping bunting yang besar mengandungi mesej “HERO MALAYA BANTERAS KEGANASAN TERHADAP WANITA” akan dipaparkan, manakala flyers yang mengandungi manifesto tersebut akan diedarkan kepada pengunjung. Rasionalnya, setiap orang wajar membanteras keganasan terhadap wanita & mesej-mesej ini perlu disebarkan dulu sebelum perkara yang lebih buruk terjadi. Orang kata, beringat sebelum terkena.
Persembahan-persembahan ini akan berlangsung di tempat yang berlainan sekitar Lembah Klang dan lebih daripada 100 personaliti dan selebriti tempatan akan berganding bahu selama 30 hari untuk menyelami perjalanan golongan Hawa di samping meraikan pencapaian mereka selama ini.
Pada 8hb Mac 2011, Women:100 menjanjikan pengalaman istimewa dengan penampilan terbaik dari industri seni persembahan tempatan yang menginterprestasikan subjek ‘wanita’ dengan pelbagai cara – pementasan teater, bengkel, tarian, musik, penulisan, bacaan, mini konsert dan pertukaran pandangan. Sebanyak 13 persembahan akan diadakan sepanjang bulan Mac 2011 di mana setiap satu mempunyai sentuhan unik dalam soal kewanitaan.- sumber Ohbulan
So geng mana dok kl bole la turun p pavilion jumpa pak nil dan artis artis lain bagi menyokong hari wanita sedunia ney . Yeahhh ! aku dok kedah tak dapat la nak pegi . Miiahhaaaaa . Kowg rasa kowg tu wanita pergi la, yang bukan wanita pun nak pergi bole juga . kalo paknil boleh pergi takan kowg taleh pegi kannnn ? Hidup kaum wanita ! Kaum lelaki sila support kaum wanita oke , jangan tau sakiti kaum wanita yer . tidak aku cepuk kowg !






3 comel oshin:

Budak Botak said... [Reply Back]

he3, Bdk Botak nk join bleh?

oshin said... [Reply Back]

@Budak Botak Boleh boleh ;)

akubiomed said... [Reply Back]

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia. Kasih sayang dan bakti yang dicurahkan tidak ternilai

Post a Comment

cakap suka suki . tapi ada batas okeh ;) tenkiu

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space