Hari jumaat aku telah digemparkan dengan berita yang sangat sangat mengejutkan . Tak aku sangka tergamaknya beliau melakukan perkara sebegitu terhadap bapa kandung beliau yang mana dahulunya bersusah payah menjaga dan memberi duit ketika beliau tada duit .
Hampeh punya anak . Mak aku cerita kat aku " si polan " *nama dirahsiakan untuk kebaikkan semalam call polis suruh pergi tangkap bapa dya gara gara bapa dya tamau bagi geran motor yang awalnya telah diberikan kepada bapa beliau sebagai cagaran hutang . si polan ney berhutang dengan bapa dya sebanyak RM $$$$ so bapa dya cakap la kat " abah amek geran moto ney sebagai cagaran , nanti "si polan" dah ada duit, bayar duit abah suma abah bagi balek geran ney " , maka dipersetujui oleh si polan ney .
Tup tup angin tada ribut tada hutang kat bapa dya tak habes lagi bayar dya call mintak geran motor , katanya dya nak jual . si bapa pun tak bagi la , "kalau nak jual, jual la kat abah. nanti abah sambung bayar duit motor tu " kata si bapa kepada si polan . Tetapi si polan bertegas tamau jual dekat bapanya . Lalu dya buat laporan polis mengatakan bapanya tidak mahu memberi geran motor hak miliknya . Selang berapa jam , polis tu call bapa dya dan bagitau la laporan yang si polan tu dah buat . Ya Allah sedih hati seorang bapa tergamak anaknya buat laporan polis untuk masokkan dirinya ke lokap ! *Hoihhh hilang akal ka apa !
Tergamak sungguh hati anak anak zaman sekarang , aku tatau apa yang merasuk fikiran beliau sampai sanggup berkurang ajar dan bertindak menderhakai ibu bapanya dengan begitu dasyat . Mana pergi nya rasa hormat kepada ibu bapa ??? Sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku namun biar aku pendam saja perkara ini kerana menjaga nama pelbagai pihak . Namun aku sedihhhh yang teramat sangat kerana insan ini mempunyai pertalian saudara dengan aku . Ya Allah kau bukak kan la pintu hati beliau, engkau berikan la kesempatan kepada beliau untuk bertaubat dan meminta ampun kepada kedua ibu bapanya , Amiiiinnnn.
p/s; Hargailah kedua ibu bapa kita sementara mereka masih ada . Belailah mereka, berikan la kasih sayang sebesar alam ini sebagaimana mereka membelai kita dan mencurahkan sepenuh kasih sayang mereka sewaktu kita masih kecil . Jangan la kita menitiskan air mata kesedihan mereka dengan tingkah laku kurang ajar , sebaliknya titiskan la air mata kegembiraan mereka dengan menghadiahkan sebuah kejayaan didunia mahupun diakhirat. *pesanan untuk suma dan peringatan untuk diri sendiri
8 comel oshin:
gamak sunggoh! kalau nk ikut, hutang duia dgn mak bapak dia tak terbalas dgn wang ringgit..
lol.. sampai camtuh skali.. sian kan parents die
@Solihin Zubir hurmm tula , dya sgt gamak . dan sy sgt sedihhh
@Cik Tqah yer . hurmmm
teruk2.. ~ org tak kenang budi tu namanya..
@zacky ~786~ huuu tahu takpa /.
otak dia rosak !!!!
@Kuronofu91 ntahla . huhuh . mungkin juga dya tidak dpt mgawal otak dya dengan baik
Post a Comment
cakap suka suki . tapi ada batas okeh ;) tenkiu