Tuesday

#prepantang cyst operation

Assalamualaikum... allahaiiii berhabuk belog kita sekian lama tak hupdate. Dari masa kita dok mencari-cari jodoh sampai la sekarang dah berjodoh dan bakal dikurniakan seorang cahaya mata. Alhamdulillah. Okay bukan soal jodoh yang nak di ceritakan harineh tapi nak cerita pengalaman masa aku jalani pembedahan ketumbuhan didalam perot atau lebih familiar dengan panggilan Cyst. Apa itu cyst? (Hampa google lah sendiri nah. Haha). Cyst neh semua orang ada bak kata doktor cuma beza benda tu aktif atau pun akan menghilang dengan sendirinya kalau tengah mengandung. Mostly kaum hawa jala ada cyst neh. Lelaki pun ada tapi tak terok dan tak memberi kesan sangat kalau tak dibuang. Wallahualam lah.

Okay! Berbalik pada cerita teman tadi. Selepas sebulan lebih bergelar isteri. Haa gitewww rezeki kami awai. Alhamdulillah. Time tu dah masuk 5 minggu kandungan. So excited kan mummy to be pergi la klinik untuk sahkan dan check betol ke idok mengandungkan anak dan bukan mengandungi lemak. Hahaa (just kidding). So betol dan sah la aku mengandung. Masa tu tiap2 minggu ulang alik pi klinik(bukan excited haa. Neh yg nak cita neh. Sabo jap!) sebab dia aku selalu sakit perot dibahagian bawah tu. Kata doktor benda tu normal masa mengandung tapi aku sakit yakmat (maksudnya sakit sangat la tu). Check up punya check up sampai jemu doktor explain kat aku masuk minggu ke 7 ada appointment dengan doktor untuk check jantung baby. So takpa la pergi la check sekali dia cakap
 "awak ada cyst neh!. Tapi kena haritu scan tak nampak ya?. Dah besar cyst awak neh". Danggggg!!! Aku dari seceria2 manusia terus gulap gulita. Suami tak yah tanya dia bukan faham satu benda pun. Haha. Cyst aku dah sebesar 6*5cm lebih kurang la. Terus doktor tu referkan aku ke doktor pakar untuk mengesahkan lagi. Dan one more thing cyst aku bukan sejenis kantung air biasa ya tapi doktor cakap macam gumpalan darah yg dah lama ada.


So aku dan suami pun tak tunggu lama terus pergi jumpa pakar haritu jugak kebetulan suami kerja shift malam so ada masa lah. Doktor pakar pun scan dan dia pun sahkan benda yang sama. Dia cakap kalau nak operation kena tunggu kandungan aku masuk usia 14 minggu which is kandungan dah kuat sikit tapi in the meant time kalau aku sakit sangat kena buat emergency operation dan risiko nak gugur tu adalah sangat tinggi sebab janin tak cukup kuat untuk menahan ubat bius. Aku pun balik rumah dok hitung hari pikir macam mana la nak buat operation pulak. Baby lagi. Hari-hari doa  supaya cyst neh hilang/mengecut masa nak scan lagi 7minggu tapi malangnya minggu ke 11 malam tu aku rasa sakit sangat perot. Tak tahan terus bagitau suami bawak p hospital. And yes aku warded mlm 14.2.2017(valentine day korang letewww). Doktor bgtau cyst aku dah membengkak sebesar 8*6cm dah dan dah berpindah dari kiri masuk ke belakang rahim. Naseb tak bercantum dengan baby. Sebab baby dok belah kanan. Perasaan bercampur dah masa tu bila doktor cakap "esok pagi kita buat operation dan harap2 baby awak kuat lah". Hmm.

Kronologi pembedahan: 

15.2.2017

9.30am- ditolak ke bilik pembedahan 
9.45am- dibius cinta
10am(anggaran aku) - pembedahan dijalankan
12pm - pembedahan selesai 
l
2 jam babe dalam tu according suami aku la dia yang tunggu kat bilik luar tu. Aku tak ingat pukul berapa aku sedar tapi suami bagitau alhamdulillah baby okay kuat macam mummy dan daddy. Perasaan time tu blur2 lagi kan sbb kesan ubat bius aku pun cm okay2. Tapi sakitnya yakmat lah pulakkk. Sebab perot kena belah. Operation aku dipanggil Laparotomy and left ovarian Cystectomy. Sonang cito perot den kena belah haaa macam orang branak Czer tu. Doktor tak tebuk sebab aku ada parut lain dekat perot masa umur 3 bulan sebab usus. So doktor takot nak kacau kang kacau usus dah jadi satu cerita lain plak. So sadis orang bernama mekkin neh.

Hari neh dah hari ke 6 dah aku ber-pre pantang. Pantang macam pantang orang bersalin. Berstokin, kain batik, mandi ayaq suam, makan benda2 yang lembut, yang penting Oren Sunkist tak tinggal. Sebab nak sembuhkan luka selain yang korang dok amek haruan bagai kan. Utk zaman aku neh dah takleh makan pati haruan doktor tak bagi sebab nnti jadi lemak melekat dalam perot susa pulak nak branak. Setakat sup ikan haruan, ikan dia korg nak mkn sikit2 bole la. Jangan kerap sangat. Aku pun tak lalu nak makan actually tapi mak aku dah masakkan aku makan lah buat bagi sedap hati dia nak tengok aku cepat sembuh.  Ikot pantang masing2 lah. Cara mak masing2 kan. Kalau nak ikot google atau orang memang lain la caranya. Okay la sampai sini je kot. Nnti aku hupdate lagi. Mummy need her rest with baby dalam perot.

Xoxo,
Mummy AA





0 comel oshin:

Post a Comment

cakap suka suki . tapi ada batas okeh ;) tenkiu

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space